Bagi anda yang akan memulakan pengembaraan tidak lama lagi, ada beberapa aplikasi yang ditawarkan untuk memudahkan perjalanan anda. <br /><br />Terutamanya bagi wanita yang akan memulakan pengembaraan seorang diri, pilihan aplikasi yang tertera ini akan membantu anda untuk tidak merasa bimbang ketika meneroka dan menjelajah negara lain. <br /><br />Beberapa pilihan aplikasi ini yang dikongsikan oleh Penasihat Teknologi soyacincau.com, Raywen Ong menerusi persidangan ZafigoX 2019 yang merupakan platform buat wanita berkongsikan pengalaman pengembaraan mereka.
