Malam ini adalah malam istimewa buat peminat bola sepak.
Dan bagi peminat pasukan Liverpool dan Chelsea, mereka sudah mula tidak senang duduk.
Jam 11.30 malam nanti, dua gergasi ini bakal berentap, dalam perlawanan paling menarik Liga Perdana Inggeris setakat ini.
Di minda Liverpool adalah rekod tanpa kalahnya, di minda Chelsea? Membalas dendam selepas tewas kepada Liverpool dalam Final Piala Super UEFA bulan lalu.
Dan kami di Astro AWANI sekali lagi menganjurkan pesta menonton perlawanan ini malam ini, kali ini bertempat di The H At Hartamas.
Rakan setugas, Israr Khalid.