Polis berjaya menahan 81 individu dan merampas pelbagai barangan judi dalam talian yang bernilai hampir RM1 juta dalam satu operasi di sekitar ibu negara.<br /><br />Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, suspek berusia antara 14 hingga 30 tahun itu ditahan kerana disyaki mengendalikan pusat panggilan kegiatan perjudian dalam talian.
