Suspek warga tempatan yang maut ditembak dalam satu kejadian di Jalan Pusat Bandar 9, Puchong pada Selasa dikesan mempunyai 11 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan.<br />Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, semakan yang dilakukan mendapati suspek, Mohd. Zafarul Nizam Hamzah, 37, mempunyai tiga kes membabitkan dadah, lima kes curi, dan masing-masing satu kes ragut, curi kenderaan dan pemerasan.