Polis sedang memburu tiga suspek yang menyebarkan berita palsu di media sosial susulan kes wanita mati ditetak seorang lelaki amuk yang kemudian ditembak mati polis di bayan lepas pada Isnin.<br />Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/ Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek itu dikenalpasti berada masing-masing dua di Kedah dan satu lagi di Pulau Pinang.