Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata 16 individu ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas Daish.<br />Menurutnya, suspek ditahan di sekitar Sabah, Pahang, Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur.<br />Jelasnya, semua suspek terdiri daripada 12 warga Indonesia, tiga warga tempatan dan seorang warga India.
