Polis sedang memburu tiga suspek yang menyebarkan berita palsu di media sosial susulan kes wanita mati ditetak seorang lelaki amuk yang kemudian ditembak mati polis di Bayan Lepas pada Isnin.<br />Ketua Penolong Pengarah Pendakwaan / Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Farid Alathrash Wahid berkata, suspek itu dikenalpasti berada di Kedah dan Pulau Pinang.
