Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini memutuskan kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim adalah disebabkan perbuatan jenayah yang melibatkan lebih seorang individu yang tidak dikenali.<br /><br />Keputusan dibuat Koroner Rofiah Mohamad selepas meneliti keterangan beberapa saksi yang selari dengan kejadian yang berlaku.<br /><br />Rakan setugas, Helmi Malik di Shah Alam ada butiran lanjut.