Berikutan penemuan seekor gajah pygmy yang ditemui mati oleh nelayan di Sungai Udin, Dumpas Kalabakan Tawau pada Khamis. Pihak Jabatan Hidupan Liar Sabah selesai melakukan bedah siasat bangkai gajah berkenaan.<br /><br />Ketua Polis Tawau, ACP Peter Umbuas berkata bahawa pihaknya melancarkan operasi bersama Jabatan Hidupan Liar, memburu pembunuh kejam gajah pygmy yang berumur antara 11 dan 12 tahun.