Tiga lelaki termasuk dua warga Iran dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pada Jumaat atas kesalahan mengedar 20.89 kilogram methamphetamine, tiga tahun lalu.<br />Hakim Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan.