Nelayan laut dalam di Kelantan berharap agar kerajaan meningkatkan penguatkuasaan bagi mengekang pencerobohan nelayan asing di perairan negara.<br /><br />Kata mereka, satu perancangan perlu dirangka di dalam Belanjawan 2020 bagi menyelesaikan masalah ini kerana ia menghakis sumber pendapatan mereka.