Selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Isnin atas dua pertuduhan.<br /><br />Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa bersubahat dengan anaknya, Abdulazeez Wan Ruslan, yang turut dituduh di mahkamah yang sama, menerima suapan berjumlah rm250,000 daripada individu yang sama pada Mei tahun lalu.