Isu orang tidak bernegara adalah masalah kritikal yang memerlukan perhatian antarabangsa kerana boleh memberi impak negatif bukan sahaja kepada negara terbabit bahkan seluruh rantau.<br /><br />Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia sendiri berhadapan dengan masalah lambakan orang tidak bernegara (statelessness) dari rantau Asia sejak sekian lama.
