Polis memberkas seorang ketua tenaga pengajar sebuah madrasah berusia 28 tahun di Bemban, Jasin selepas didakwa mencabul dan cuba meliwat beberapa pelajar lelakinya.<br />Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yazid Idris, ketika dihubungi berkata, perbuatan keji itu terbongkar selepas salah seorang ibu kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun, tampil membuat laporan polis Khamis lalu.
