152 penduduk yang terjejas akibat gelombang kedua banjir di Baling, Kedah sejak malam Selasa telah dipindahkan ke pusat pemindahan terdekat.<br />Jumlah ini lebih banyak berbanding jumlah mangsa yang direkodkan pada gelombang pertama banjir Isnin lalu.<br />Untuk butiran lanjut kita terus bersama Wakil Astro AWANI Kedah, Abdul Hadi Che Awang yang kini berada di lokasi.
