Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada perjanjian bertulis yang menyatakan bahawa beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Dr Mahathir Mohamad.<br />Jelasnya, perjanjian itu bagaimanapun bukan hanya melibatkan pemimpin Pakatan Harapan sebaliknya ia dinyatakan secara umum dengan jelas sepanjang Pilihan Raya Umum lalu.