Anda suka dengan sayuran pahit tetapi berkhasiat?<br /><br />Bermula hanya dengan 10 Kilogram, kini permintaan Peria Garing meningkat kepada penghasilan lebih 600 Kilogram sehari.<br /><br />Peria Garing dengan pelbagai perisa yang diterjemahkan dalam bentuk snek terus mendapat tempat dalam kalangan masyarakat setempat di Kuching, Sarawak. Malah produk ini turut menembusi pasaran China dan Singapura.