Suspek yang menyerang dan menikam Menteri Indonesia, Wiranto, dipercayai berfahaman radikal dan mempunyai kaitan dengan jaringan pengganas, kata polis Indonesia.<br /><br />Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) yang dipetik media tempatan, mahu polis dan tentera Indonesia mengesan dan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku terbabit, selain mengarahkan kawalan lebih ketat terhadap menteri kabinetnya.
