Sebuah flat di Jalan Sri Penchala 1, Kampung Sri Penchala, Kuala Lumpur diisytiharkan tidak selamat diduduki selepas terjejas akibat tanah runtuh yang berlaku pada Khamis malam.<br /><br />Sehubungan itu, seramai 65 orang penghuni daripada 24 buah rumah terpaksa dipindahkan ke Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail sebagai langkah keselamatan.