Dilahirkan cacat kedua-dua belah kaki dan tangan kiri tidak menghalang Dr. Ruzimi Mohamed bergelar usahawan berjaya dalam bidang multimedia.<br />Selain menjadi usahawan berjaya, di sebalik kekurangan yang ada, Dr Ruzimi dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang sains komputer pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-62 April lalu.