Tiga individu termasuk dua Pegawai Kanan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ditahan reman pada 7 Oktober lalu berhubung dakwaan penyelewengan dana Lembaga Zakat untuk satu penerbitan program.<br />Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya berkata tempoh reman untuk dua pegawai itu telah dilanjutkan selama lima hari bermula Khamis lepas.
