Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang untuk memanjangkan tempoh perkhidmatan ahli majlis dalam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), iaitu tempoh sama khidmatan ADUN dan Ahli Parlimen.<br />Menterinya, Zuraida kamaruddin berkata cadangan itu bagi memastikan peranan dan perkhidmatan ahli majlis dapat dirasai oleh masyarakat sekaligus memantapkan lagi organisasi PBT di seluruh negara.<br />Ini kerana, katanya PBT tidak sempat menaikkan lagi kualiti perkhidmatan kepada penduduk sekiranya pertukaran membabitkan ahli majlis kerap dilakukan dalam masa singkat.
