Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan penyediaan peluang pekerjaan serta rumah mampu milik yang terkandung di dalam Belanjawan 2020 akan lebih mebantu belia.<br /><br />Ini berbeza dengan insentif sekali bayar atau one off yang diberikan oleh kerajaan terdahulu.<br /><br />Ujarnya, kepentingan menyediakan ekosistem yang membolehkan para graduan mampu mendapat pekerjaan berkualiti serta menyara keluarga selepas tamat pengajian itu lebih penting.