Anugerah Francais Malaysia telah mula diperkenalkan pada tahun 1997 bagi memberi galakan kepada pembangunan francais di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Majlis ini juga memberi penghargaan di atas sumbangan dan sokongan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak ke arah memajukan lagi industri francais di Malaysia.

Tambahan lagi, ianya mengeratkan hubungan dan kerjasama di kalangan ahli Malaysian Franchise Award (MFA) serta semua pihak yang terlibat di dalam sektor francais.

Laporan ini disediakan oleh Natasha Nari, AWANI Rangers Universiti Putra Malaysia.