Polis Perak berjaya membongkar sindiket pengedaran dadah yang dibungkus sebagai pelbagai jenis minuman segera seperti jus buah-buahan, minuman coklat, teh dan minuman tiga dalam satu.<br /><br />Taktik itu berjaya dikesan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak yang membuat serbuan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM753 ribu di Kampung Simee, Ipoh pada Rabu.