Waris keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Turki digesa terus berhubung dengan mangsa dan pihak berkuasa.<br /><br />Ia bagi memudahkan urusan perkongsian maklumat demi memastikan mangsa selamat, kata kuasa usaha sementara Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, Arhan Syafrisyah Shah Anuar.<br /><br />Jelasnya lagi, pihak kedutaan kini dalam usaha memastikan kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu selamat.