Seorang pengawal keselamatan maut dipercayai disambar petir ketika dalam perjalanan pulang selepas solat Jumaat di Kampung Hujung Alor, Alor Setar pada Jumaat.<br /><br />Dalam kejadian kira kira 2.30 petang, mangsa, Norhafizan Salleh, 36 tahun yang baru pulang dari Masjid Taman Uda ditemui terbaring bersebelahan sawah padi bersama anaknya Mohd Haziq Norhafizan, 7 tahun yang turut cedera akibat kejadian terbabit.