Keseronokan tujuh sahabat bermandi-manda bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka ditemui lemas dalam kejadian di kawasan lombong berhampiran Tasik Biru, Chin Chin, Jasin pagi tadi.<br /><br />Dalam kejadian sekitar 9.45 pagi tadi itu, mangsa, R. Kishen, 20 tahun dikatakan hilang kira-kira sejam selepas turun ke kawasan lombong berkenaan.
