Peguam mewakili lima tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA) memfailkan permohonan Habeas Corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.<br />Peguam Ramkarpal Singh berkata, permohonan itu bagi menuntut anak guamnya dibebaskan daripada tahanan SOSMA selepas yakin kesemua mereka tidak terlibat dengan kumpulan pengganas Tamil Eelam atau LTTE.