Kekecohan bermula apabila Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) bangun membentangkan Peraturan Mesyuarat 18(1), untuk membahaskan mengenai pengharaman komik propaganda (Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama) di Dewan Rakyat.<br /><br />Mohamad Ariff bagaimanapun menentukan tiada keperluan mendesak untuk membahaskan perkara itu memandangkan ia sedang dalam siasatan Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan komik itu telah pun diharamkan pengedarannya oleh Kementerian Pendidikan.
