Yang diPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof yang mula hilang sabar, berpaling kepada arah Abdul Azeez sambil berkata - "Saya sudah arahkan Jelutong tarik balik, tetapi saya dengar Yang Berhormat Baling sebut 'berat sebelah'. Tarik balik atau saya akan keluarkan kamu dari dewan".

Jeritan terus berlarutan dan akhirnya Mohamad Ariff mengarahkan Bentara membawa Abdul Azeez keluar.

Ahli Parlimen Baling itu hanya dibenarkan kembali ke dewan pada Selasa hadapan memandangkan Isnin adalah cuti umum untuk sambutan Deepavali.