Kementerian Pertahanan sedar tahap kesedaran rakyat mengenai pengorbanan tentera perlu dipertingkatkan lagi, kerana masih ada yang menganggap pasukan keselamatan itu hanya tahu 'makan dan tidur'.<br /><br />Menterinya Mohamad Sabu berkata, atas sebab itu pihaknya mempergiatkan lagi usaha meningkatkan tahap kesedaran dan penghargaan di kalangan rakyat Malaysia, termasuk memperhebatkan lagi kempen derma Tabung Pahlawan 2019.