Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang hari ini melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM9. 54 juta melibatkan lima kertas siasatan di Daerah Seberang Perai Utara.<br /><br />Pemangku Ketua Penolong Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan /Tahanan) Bukit Aman, Asisten Komisioner Dalbir Singh Tanah Singh berkata, pelupusan barang kes perbicaraan membabitkan kertas siasatan bagi kes dadah tahun 2018 yang telah selesai.
