Para pemimpin dunia mula memberikan reaksi kepada berita pembunuhan Ketua Militan Daish, Abu Bakar Al-Baghdadi.<br /><br />Rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, tetapi pada masa yang sama mengingatkan bahawa ini bukan penghujung keganasan.
