Paras air sungai utama di Perlis, Sungai Arau yang berada pada paras bahaya iaitu 3.6 meter, menyebabkan tujuh kampung di Padang Besar dan Arau, ditenggelami banjir, sejak awal pagi Selasa.<br /><br />Setakat jam 5 petang, 146 mangsa direkodkan dari 35 keluarga, termasuk 40 orang kanak-kanak.
