Rizab simpanan negara terus menunjukkan tren peningkatan iaitu kepada RM432.7 bilion berbanding RM419.6 bilion tahun lalu.<br /><br />Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata jumlah terbaharu itu adalah memadai bagi membiayai import tertangguh selama 7.6 bulan, selain 1.1 kali jumlah hutang negara bagi tempoh jangka pendek.