Padah membelasah isteri sehingga cedera, seorang bapa muda tiga anak, dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.<br /><br />Keputusan itu dibuat selepas tertuduh Mohamad Iqbal Rahim, 24 tahun membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan dihadapan majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.
