Polis Terengganu memandang serius aktiviti basikal lajak yang menjadi trend dalam kalangan remaja masa kini khususnya membabitkan aspek keselamatan. <br />Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KPJKK) Terengganu, Asisten Komisioner, Noor Halim Nordin berkata pihaknya juga sedang giat memantau aktiviti berkenaan di negeri ini.
