Pemimpin ASEAN harus memanfaatkan Sidang Kemuncak ASEAN 2019 di Bangkok untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu berpanjangan Selatan Thailand. <br />Pengasas Nation Building Institute, Profesor Dr. Kriengsak Chareonwongsak percaya, sekiranya isu Selatan Thailand dapat diselesaikan, ia bukan sahaja membawa kepada kedamaian, malah memakmurkan ekonomi negeri-negeri utara semenanjung.