Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai boleh dilihat sebagai indikasi kepada tahap sokongan rakyat pada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.<br />Penyelidik Institut Penyelidikan Asia dari Universiti Nottingham Malaysia Bridget welsh berkata faktor ini serta kemampuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menarik sokongan rakyat akan diuji pada kempen kali ini.
