Salah seorang pelumba untuk perlumbaan sokongan sempena Grand Prix (GP) Malaysia, Asia Talent Cup, Afridza Munandar disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pada petang Sabtu.<br />MotoGP dalam satu kenyataan memaklumkan kemalangan tersebut berlaku di selekoh 10 pusingan pertama perlumbaan.
