Pahang mungkin dipilih menjadi lokasi tempat pembuangan sisa dari projek Lynas, sekiranya ia diputuskan selamat oleh pakar.<br />Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Lynas Corporation bersetuju untuk mewujudkan tapak pelupusan kekal bagi mengelak sebarang kemudaratan kepada penduduk.<br />Pada 15 Ogos lalu kerajaan bersetuju untuk menyambung lesen operasi Lynas dengan syarat ia mewujudkan tapak pelupusan kekal bagi sisa buangan radioaktif.