Kerajaan menetapkan lanjutan selama enam bulan bagi meneliti semula tiga perjanjian berkaitan projek Sistem Transit Rapid (RTS) di antara Johor dan Singapura.<br />Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata tiga perjanjian iaitu perjanjian dua hala baharu, perjanjian usaha sama dan perjanjian konsesi membabitkan persetujuan kedua-dua negara perlu dimuktamadkan, sebelum 30 April tahun depan.