Kementerian Kesihatan menerima kelulusan pengecualian fi bagi tiga buah daerah di Sabah untuk menjalankan Aktiviti Imunisasi Tambahan (SIA) secara berperingkat.<br />Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata tiga daerah itu membabitkan Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna, selepas statistik menunjukkan berlakunya penularan kes demam campak di beberapa kawasan di daerah berkenaan.
