Mahkamah Tinggi pada Rabu memutuskan bahawa bekas Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua, tidak pernah hilang kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya.<br />Hakim Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas membenarkan saman pemula difailkan Tian Chua terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).