Polis New Zealand memaklumkan telah menemui dua mayat lelaki dari Australia yang maut akibat terjatuh ketika mendaki gunung berhampiran bandar Queenstown di South Island.<br /><br />Menurut Komander Polis Wilayah Otago, Inspektor Olaf Jensen, mayat Brett Alexander Lentfer, 62 tahun ditemui pada Khamis, sementara mayat rakannya, james spaile, 44 tahun ditemui pada Rabu.
