Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai Faridah Aryani Abdul Ghaffar akhirnya memulakan kempen bertemu pengundi setelah tujuh hari berlalunya hari penamaan calon.<br /><br />Menurut beliau, ini merupakan strategi yang terpaksa dilakukan memandangkan kekurangan dana serta jentera yang lebih kecil berbanding calon lain seperti Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
