Produk kraf Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) menawarkan pelbagai pilihan kepada agensi kerajaan, swasta, perhotelan, pemain industri pelancongan untuk dijadikan cenderamata.<br />Pengarah Kanan Bahagian Rekaan dan Penyelidikan Kraftangan Malaysia, Yusof Abd Rani menjelaskan, semua produk itu adalah hasil pereka kraf seluruh negara melibatkan lima bidang utama.
