Pengalaman Malaysia menangani krisis kewangan 1997 adalah ujian untuk menilai siapa yang berani mempertahankan maruah negara dan umat, berbanding mereka yang mudah menyerah kalah kepada pihak luar.<br /><br />Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, kejayaan Tun Dr Mahathir Mohamad menyelesaikan krisis tersebut dengan menggunakan sumber dalam negara dan kekuatan kepakaran sendiri adalah perlu dibanggakan.