Menurut statistik yang dikeluarkan kementerian kesihatan, terdapat 4.2 juta rakyat Malaysia menghadapi masalah kesihatan mental.<br /><br />Daripada angka ini, ramai yang tidak mendapatkan rawatan atau tidak tahu cara untuk meluahkan perasaan.<br /><br />Bertitik tolak dari itu, projek komuniti khidmat mendengar atau listening project memulakan misi turun padang untuk mendengar permasalahan orang ramai sejak tahun 2017.